5 Punca Rambut Lelaki Gugur

Sesetengah wanita suka akan suami yang berkepala botak. Ada juga wanita yang mengimpikan rambut si suami lebat dan bersinar-sinar. Untuk kaum hawa yang gelisah melihat rambut suami tercinta saban hari makin berkurangan, jom ketahui punca berlakunya keguguran rambut dalam kalangan kaum lelaki.

#1 Genetik dan Keturunan

Faktor utama berlakunya masalah keguguran rambut dalam kalangan lelaki adalah berpunca daripada corak kebotakan rambut lelaki atau dalam Bahasa Inggerisnya male pattern baldness.

Masalah corak kebotakan rambut lelaki kebiasaannya berkait rapat dengan keturunan. Jika ayah mertua mengalami masalah ini, kebarangkalian besar suami anda juga akan mengalami masalah yang hampir sama.

Namun jangan khuatir, masalah ini boleh diatasi dengan adanya pelbagai jenis produk dan rawatan yang direka khas untuk mengatasinya.

#2 Peningkatan Usia

Wanita ataupun lelaki, kedua-duanya tidak dapat lari daripada masalah keguguran rambut yang disebabkan oleh peningkatan usia. Apabila usia menjangkau 30 tahun ke atas, rambut akan mula tumbuh dengan perlahan dan jumlahnya juga akan turut berkurangan.

Cara yang paling mudah untuk melambatkan proses keguguran rambut akibat peningkatan usia adalah dengan menjaga dan merawat rambut pada peringkat usia seawal yang mungkin.

Sebaiknya gunakan produk natural dan bebas bahan kimia berbahaya. Ini kerana produk penjagaan rambut natural lebih terjamin keselamatannya dan baik untuk jangkamasa panjang.

#3 Penyakit Kulit

Penyakit kulit seperti Psoriasis dan Dermatitis Seborea juga merupakan punca terjadinya rambut gugur dalam kalangan lelaki.

Psoriasis kadang-kadang di salah anggap sebagai kelemumur. Ia merupakan sisik yang berlapis berwarna keperakan yang wujud akibat lebihan produksi sel kulit.

Kewujudan Psoriasis ini akan mengakibatkan kerosakan pada folikel rambut seterusnya menyebabkan berlakunya keguguran rambut.

Dermatitis Seborea pula merupakan sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh kulat. Kulat ini kebiasaanya menyerang kawasan kulit yang kaya dengan kelenjar sebum.

Kulit yang terkena jangkitan ini akan kelihatan berwarna merah dan bersisik serta akan menyebabkan kegatalan yang agak kronik.

Jika tidak dirawat dalam tempoh jangka masa yang lama, kehilangan rambut kekal mungkin berlaku akibat daripada kerosakan folikel rambut.

#4 Merokok

Kebiasaannya, lelaki yang merokok akan mengalami masalah keguguran rambut pada bahagian hadapan dan atas kepala dengan kadar yang lebih banyak berbanding dengan lelaki yang tidak merokok.

Merujuk kepada jurnal yang bertajuk “Archives of Dermatology”, kajian mendapati semakin banyak seseorang itu merokok, semakin banyak juga rambut gugur.

Rokok akan menyebabkan kolagen pada kulit berkurangan serta akan menganggu sistem endokrin yang akan mengakibatkan kegagalan dalam penghasilan hormon yang sihat.

Selain itu, kandungan bahan kimia dalam rokok juga akan menyebabkan ketidaklancaran pengaliran darah ke bahagian folikel rambut. Hal ini akan merosakkan folikel rambut dan seterusnya rambut akan mengalami masalah keguguran.

#5 Gaya Hidup Kurang Sihat

Sama seperti wanita, lelaki juga akan mengalami masalah keguguran rambut akibat gaya hidup yang kurang sihat.

Pastikan suami tercinta mengamalkan diet yang seimbang dan mendapat rehat yang cukup agar rambut dapat tumbuh dengan sihat dan kuat.

Apabila mengamalkan gaya hidup yang sihat, tekanan hidup juga akan berkurangan. Tekanan hidup dari segi emosi atau fizikal juga merupakan punca berlakunya keguguran rambut.

Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiaannya. Kurangkan kebimbangan, mulakan langkah untuk cari jalan penyelesaian.

Langkah mudah yang boleh diambil adalah dengan menggunakan produk penjagaan kulit kepala yang betul dan sesuai. Anda boleh mencuba Produk Shampoo Santan yang diperbuat daripada bahan semulajadi dan boleh didapati dengan harga mampu milik untuk atasi masalah keguguran rambut yang dialami oleh ataupun anda sendiri.

 

Related Post

Set Basic Kelemumur MASALAH RAMBUT : Rambut gugur lebih 100 helai sehari,kegatalan kulit kepala,kelemumur, dan rambut rosak,boleh ikut rutin 👇  ...
Kandungan Shampoo Santan My Home Lab & Fungsi... Shampoo santan terkenal dengan keberkesanannya mengurangkan kelemumur, rambut gatal, rambut gugur dan juga pelbagai jenis masalah rambut yang lain.  ...
Best Seller SHAMPOO SANTAN PREMIUM MEMBANTU:Mengurangkan keguguran rambut Rambut lebih lembut dan bersinar Mengelakkan rambut rosak dan bercabang ...
Damage Hair Set Sesuai untuk yang mengalami :🌴 Keguguran rambut🌴 Rambut kasar atau tak terurus🌴 Kulit kepala kering🌴 B...
Syarat Dan Cara Menjadi Agen Shampoo Santan Tawaran agen shampoo santan ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang:Sedang mencari sumber pendapatan sampingan. Surirumah yang ingin bantu tin...

Leave a Comment