cara guna shampoo santan

Cara Guna Shampoo Santan Dengan Efektif

Ramai yang mungkin sudah beli produk shampoo santan my home lab ini, tetapi tidak tahu bagaimana nak gunakan produk ini dengan efektif.

Sepatutnya, jika anda membeli dengan stokis, ejen atau leader shampoo santan yang sah, anda boleh terus tanya dengan mereka semula.

Tetapi kita kena faham, bahawa kemungkinan ada ejen yang terlupa untuk ajar bagaimana untuk gunakan produk ini secara efektif. Perlu diingatkan.

Jesteru, saya ingin kongsikan cara guna shampoo santan dengan efektif: 

1# Basahkan Rambut Sepenuhnya

Maksud betul-betul di sini adalah kita basuh rambut sehingga kena ke kulit rambut. Terutamanya wanita yang mempunyai rambut yang panjang, kadar air untuk tidak kena kulit kepala amat tinggi.

Untuk basahkan sepenuhnya rambut, anda perlu gunakan jari untuk gosok rambut anda dan buka ruang tersebut supaya kena kulit kepala.

2# Picit Shampoo Santan ke dalam Gayung

Anda picit shampoo santan anda anggaran satu sudu teh jika anda berambut pendek dan satu sudu besar jika berambut panjang dan tebal, kemudian masukkan di dalam gayung atau bekas kecil.

Pastikan tidak tuang terlalu banyak.

3# Isi Air ke dalam Bekas Tersebut

Isi air penuh separuh bekas dan kacau dengan tangan supaya tampak sedikit buih yang keluar.

Pastikan anda tidak isi penuh kerana takut jumlah air terlebih banyak dan buih akan berkurang.

4# Curahkan ke Rambut dan Peram

Gunakan tangan anda untuk curahkan air shampoo tersebut ke atas rambut sedikit demi sedikit dan lumurkan.

Lebih bagus jika anda gunakan tangan anda untuk garu dan urut perlahan agar kena ke kulit kepala yang basah tersebut. Gunakan sehingga habis.

Kemudian peram rambut anda dengan shampoo santan atau biarkan selamas 3 minit minima atau 5 minit maksima bagi kesan maksimum.

5# Basuh Rambut Anda dengan Air Sepenuhnya

Anda perlu berhati-hati dalam fasa ini. Jika anda tidak membersihkan betul-betul, kemungkinan baki shampoo tersebut boleh melekat di rambut dan menyebabkan anda kurang selesa di kemudian hari.

Pastikan anda bilas sepenuhnya sehingga anda rasa selesa dan puas hati.

Bermanfaat?

Boleh bantu saya #share post ini dengan rakan anda. Tak rugi berkongsi insyaallah.

 

 

Ingin Beli Shampoo Santan Secara Online?

5 thoughts on “Cara Guna Shampoo Santan Dengan Efektif

    • Terima kasih puan kerana bertanya.

      Untuk rambut sebenarnya sesuai untuk banyak jenis rambut termasuk kulit kepala gatal.

      Anak saya mengalami excema dan masih sesuai sebab produk ini tidak mengalami bahan kimia seperti SLS,Sles, Parabaen dan Silicon yang boleh merosakkan rambut dan tidak sesuai untuk kulit gatal.

      Macam kes puan, kita ada banyak testimoni mereka yang mengalami kulit gatal dan kembali tidak gatal.

Leave a Comment