Shampoo santan terkenal dengan keberkesanannya mengurangkan kelemumur, rambut gatal, rambut gugur dan juga pelbagai jenis masalah rambut yang lain.
Formula turun temurun menggunakan santan bagi rawatan rambut kini diwarisi oleh generasi yang terkemudian dan diinovasi serta dijadikan sebagai shampoo.
Lebih-lebih lagi dengan cara guna shampoo santan yang betul akan membantu untuk mendapat kesan yang lebih efektif insya-Allah.
Paling best shampoo ini tidak mempunyai bau santan langsung.
4 Bahan Utama Yang Terkandung Dalam Shampoo Santan & Fungsinya.
Pertama: Santan Asli
Santan kelapa kaya dengan pelbagai khasiat vitamin dan mineral seperti iron, calcium, potassium,
magnesium and zinc. Ia juga mengandungi Vitamin C dan Vitamin E yang tinggi.
Santan kelapa mengandungi lemak tepu, sebahagian lemak di dalam santan kelapa terdapat dalam
bentuk “Lauric Acid”.
Lauric acid mempunyai ciri-ciri anti-bacteria, anti-kulat dan anti virus.
Selain itu, santan juga mengandungi beberapa sebatian antioksidan, yang boleh memberikan perlindungan terhadap
radikal bebas yang berbahaya dan kesan kerosakan mereka pada sel-sel dan tisu badan.
Ia mengandungi vitamin E dan lemak, yang memberi kesan dalam melembapkan rambut.
Tambahan lagi, santan juga boleh menyuburkan rambut dan menggalakkan pertumbuhan rambut.
Ia boleh digunakan untuk mengawal keguguran rambut.
Protein yang terdapat dalam santan boleh menembusi ke teras rambut, dengan itu membaiki, mengukuhkan dan melindungi ia dari dalam.
Kedua: Minyak Kelapa
Manfaat minyak kelapa untuk rambut ada banyak.
Minyak kelapa membantu menjaga rambut lembap sepenuhnya, ia menggalakkan pertumbuhan penuh dan membuatkan rambut selain menjaga kulit kepala bebas dari kelemumur.
Ini kerana minyak kelapa meningkatkan pengekalan protein dalam rambut.
Seperti santan, minyak kelapa juga mengandungi pelbagai vitamin, minerals dan lauric acid.
Ketiga: Sweet Orange Essential Oil
Minyak pati oren mempunyai banyak ciri-ciri yang berguna untuk rambut anda.
Selain memberi bau oren yang wangi dan segar, ia dapat melegakan kegatalan rambut.
Sweet orange oil membantu memecah sebum berlilin ‘waxy sebum’ dan justeru membuang toksin di kulit kepala.
Kajian yang dilakukan oleh Mei University Japan mendapati bahawa bau Sweet orange oil dapat memberi kesan
ketenangan justeru dapat mengurangkan kemurungan.
Keempat: Rosemary Essential Oil
Minyak pati herba rosemary membantu merangsang folikel rambut justeru menjadikan ia cepat
tumbuh dan kuat.
Bukan itu sahaja, ia juga dapat menyuburkan kulit kepala dan mengurangkan kelemumur dan melambatkan keguguran rambut pra matang.
Oleh itu, ia merupakan tonik yang baik terutama kepada orang yang mempunyai masalah botak kepala.
Keempat-empat bahan ini adalah bahan yang telah diformulakan oleh pengasas shampoo santan iaitu Puan Sophia Ruslan.
Nota: Tambahan 2 vitamin iaitu vitamin E & pro vitamin B-5 telah ditambah untuk edisi terbaru ini bagi meningkatkan kualiti produk hasil kajian pengasas sendiri.
Kesimpulan
Bahan-bahan ini telah diuji dan digabungjalin untuk menghasilkan satu gabungan shampoo yang sangat berkesan untuk membantu menyelesaikan masalah rambut lebih-lebih lagi rambut gugur dan rambut gatal.
Paling best:
- Tanpa SLS,SLES
- Tanpa Paraben
- Tanpa Silikon
yang mana kesemua bahan di atas banyak terdapat dalam kebanyakan shampoo di pasaran dan merosakkan kesuburan rambut.
Lihat testimoni rambut gugur yang dialami oleh salah seorang pengguna shampoo santan my Home Lab.
Dalam masa 4 hari, rambut dah tak gugur sebanyak sebelum ini, berkilat dan mudah diurus.