5 Faktor Rambut Beruban Di Usia Muda dan Tips Merawatnya

Kebanyakan Orang Asia akan mengalami rambut beruban pada lewat usia 30-an.

Namun, ada juga yang memiliki rambut beruban di usia muda.

Kenapa rambut beruban boleh muncul pada usia yang masih muda? Bagaimana ia berlaku?

Rambut beruban terjadi apabila sel pigmen pada folikel rambut mulai berkurangan dan hilang. Akibatnya, helaian rambut tidak akan mendapat melanin yang mencukupi seterusnya akan kelihatan berwarna cerah seperti warna kelabu atau putih.

Melanin ialah sejenis protein yang membuatkan kulit dan rambut menjadi warna semulajadi. Menurut hasil kajian The Journal of Investigate Dermatology yang dibentangkan pada tahun 2005, manusia berkulit putih akan mengalami rambut beruban pada pertengahan usia 30-an. Manakala Orang Asia yang berkulit sawo matang pula akan mengalami rambut beruban pada usia sekitar lewat 30-an. Golongan manusia yang berkulit hitam pula mampu mengekalkan warna rambut semulajadi tanpa uban sehingga ke usia pertengahan 40-an.

Bagi golongan yang mengalami rambut beruban sebelum menjangkau usia lewat 30-an, anda pasti akan tertanya-tanya apakah puncanya. Menurut kajian yang dilakukan oleh ahli Dermatologi di seluruh pelusuk dunia, gaya hidup, diet tidak seimbang, cara penjagaan rambut yang salah, tekanan hidup dan, faktor genetik merupakan punca terjadinya rambut beruban sebelum waktunya.

#1 Gaya Hidup

Gaya hidup yang kurang sihat seperti suka merokok dan suka makan makanan ringan dapat mempercepatkan proses rambut beruban. Menurut kajian yang dijalankan oleh J.G. Mosley di British Medical Journey pada tahun 1996, perokok akan mengalami empat kali ganda masalah rambut cepat beruban berbanding dengan manusia yang tidak merokok. Merokok boleh mendatangkan serangan radikal bebas di dalam tubuh dan ianya mampu menurunkan kadar melanin dengan lebih cepat. Pengambilan makanan ringan yang tidak berkhasiat juga boleh menganggu proses penghasilan melanin.

#2 Diet Tidak Seimbang

Pengambilan diet yang tidak seimbang akan mengakibatkan tubuh badan tidak mendapat nutrisi yang mencukupi. Hal ini bukan sahaja akan menyebabkan rambut cepat beruban malahan, tubuh badan juga mudah terdedah kepada pelbagai penyakit. Kekurangan nutrisi terutamanya Vitamin B12 akan mengakibatkan kekurangan pembentukan melanin.

#3 Cara Penjagaan Rambut yang Salah

Penggunaan alat pengering rambut dan pewarna rambut dengan kerap juga akan menyebabkan masalah pada melanin rambut sekaligus mempercepatkan proses rambut beruban. Hal ini bukan sahaja mengakibatkan rambut beruban malahan, akan membuatkan rambut menjadi cepat rosak. Terlalu kerap mencuci rambut juga tidak bagus kerana akan menyebabkan rambut cepat kering. Gunalah syampu yang sesuai agar rambut sentiasa sihat dan cantik.

#4 Tekanan Hidup

Menurut Ralf Paus, ahli Dermatologi di Jerman, hormon stress akan menghasilkan radikal bebas yang boleh memusnahkan sel. Radikal bebas yang terhasil akan menyebabkan berlakunya pengurangan melanin. Oleh itu, tidak mustahil tekanan hidup atau stress akan mengakibatkan rambut lebih cepat beruban.

#5 Faktor Genetik

Jika ibu bapa anda atau ahli keluarga yang lain pernah mengalami rambut beruban sebelum waktunya, tidak mustahil anda juga akan turut mengalaminya. Menurut Dr. Micheal Eidelman, ahli Dermatologi di Mount Sinai, genetik bukan sahaja memainkan peranan sebagai kayu ukur waktu pertumbuhan uban,malahan ia berperanan menetukan warna uban dan tahap intensiti uban tersebut.

Apakah yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah rambut beruban di usia muda?

#1 Amalkan Gaya Hidup Sihat dan Diet Seimbang

Jika sebelum ini anda seorang perokok, anda mungkin boleh cuba berhenti merokok secara perlahan-lahan. Anda bukan sahaja dapat melambatkan proses rambut beruban malahan, tubuh badan juga akan lebih sihat dan segar. Selain itu, amalkan aktiviti sukan secara berkala agar sistem dalam tubuh badan berjalan lancar. Pastikan diet pemakanan anda sentiasa seimbang agar tubuh badan mendapat nutrisi yang secukupnya. Nutrisi yang mencukupi dapat membantu mengekalkan melanin yang mencukupi agar rambut sentiasa hitam berseri.

#2 Penjagaan Rambut yang Betul

Kurangkan penggunaan alat pengering rambut dan pewarna rambut. Selain itu, gunakanlah produk syampu yang bebas bahan kimia merbahaya serta yang sesuai dengan kondisi kulit kepala anda. Penggunaan syampu yang betul dapat memastikan rambut kekal sihat dan bebas masalah seperti cepat beruban.

#3 Jauhi Tekanan Hidup

Dalam dunia yang serba canggih dan rumit ini, agak sukar untuk lari daripada masalah tekanan hidup. Namun begitu, pengamalan gaya hidup sihat dan diet yang seimbang dapat membantu mengurangkan tekanan hidup. Selain itu, merancang aktiviti kehidupan seharian juga dapat membantu mengurangkan tekanan hidup.

#4 Cara Alami

  • Anda boleh cuba menggunakan biji betik untuk mengatasi masalah ini. Caranya adalah seperti di bawah;
  1. Bersihkan biji betik
  2. Rendam seketika di dalam air
  3. Biarkan ia kering kemudian sangai
  4. Tumbuk sehingga halus dan campurkan ke dalam minyak kelapa
  5. Sapu pada rambut dan biarkan selama lebih kurang 2 jam
  6. Bilas dengan air bersih
  • Selain itu, yogurt pahit juga dapat membuat rambut kelihatan hitam dan bercahaya.
  1. Campurkan lada hitam ke dalam yogurt kosong
  2. Lumur ke kulit kepala serta rambut
  3. Biarkan selama sejam
  4. Bilas dengan air bersih

Segala jenis masalah rambut dapat diatasi dengan cara penjagaan rambut yang betul. Penggunaan produk rambut yang betul dan sesuai juga memainkan peranan penting dalam memastikan rambut sentiasa kekal sihat dan berseri-seri. Kami syorkan anda menggunakan produk Shampoo Santan yang bebas bahan kimia merbahaya serta berasaskan bahan semulajadi yang sangat bagus untuk rambut anda.

 

Related Post

6 Tips Penjagaan Rambut Panjang Kebanyakan kaum wanita pasti mengimpikan memiliki rambut panjang mengurai bak Rapunzel bukan? Lebih banyak teknik dandanan yang boleh digayakan apabil...
Keistimewaan Shampoo Santan Yang Ramai Tidak Maklu... Shampoo Santan? Penggemar produk-produk yang berasaskan bahan semulajadi pasti tidak asing lagi dengan Shampoo Santan. Apa istimewanya Shampoo Santan ...
Shampoo Santan adalah Produk Natural Kebelakangan ini ramai yang semakin sedar dengan bahayanya produk kimia. Semakin ramai yang mula jatuh hati dengan produk semulajadi atau produk natur...
1 Unit Shampoo Santan My Home Lab KELEBIHAN SHAMPOO SANTAN MY HOME LABSelamat Halal Kesan seawal 3-7 hari penggunaan Bebas bahan kimia berbahaya Bebas SLS Bebas ...
Tips Penjagaan Rambut Bagi Wanita Bertudung Setiap pagi anda serba salah untuk mencuci rambut atau tidak?Jika mencuci rambut, anda perlu menunggu ia kering sebelum memakai tudung.Jika ti...

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.