Lima (5) Punca Shampoo Santan Tak Berkesan

Kami menerima segelintir aduan dari pihak pengguna shampoo santan.

Antaranya mengatakan:

“Kenapa saya guna shampoo ni tak berkesan ya?”
“Kenapa rambut saya masih gugur selepas guna shampoo santan?”
“Kenapa rambut saya masih banyak kelemumur ya?”

Sepertimana produk lain, kadang kala ianya tidak memberi kesan sama pada semua orang. 

Namun jika tidak menjadi, mungkin anda perlu lihat 5 punca kenapa ianya tidak berkesan buat anda:

1# Campur Aduk Produk

Anda campur guna shampoo santan selang-seli dengan shampoo lain.

Jadi?

Shampoo santan tidak dapat menunjukkan kesan yang terbaik.

Shampoo santan adalah produk natural.

Ia perlukan masa untuk membuang sisa kimia yang ada pada rambut kita sebelum merawat dengan cara semulajadi.

Mencampur aduk produk hanya akan melambatkan proses rawatan rambut.

2# Guna Conditioner/Perapi Selepas Guna Shampoo Santan

Sudah menjadi kebiasaan kita guna perapi rambut selepas bersyampu kan?

Jadi bila anda guna shampoo santan anda pun tetap gunakan perapi rambut.

Dukacita dimaklumkan bahawa cara guna shampoo santan tu salah.😢

Shampoo santan memang sudah tidak perlukan perapi rambut lagi.

Shampoo santan ini seperti shampoo 2 in 1.

Ini kerana kandungan shampoo santan ini iaitu pati rosemary dan pati minyak kelapa itu sendiri sudah sangat bagus bertindak sebagai conditioner.

3# Cara Cuci Rambut yang Salah

Anda cuci ‘sental’ rambut anda dengan kasar dengan harapan kulit kepala apabila menggunakan shampoo santan ni, kelemumur pun akan tertanggal.

Maaf sekali lagi, cara guna Shampoo Santan seperti ini adalah salah.

Jadi urut rambut anda dengan lembut dan perlahan ketika bersyampu.

Elakkan juga untuk sikat rambut anda ketika rambut dalam keadaan basah. Jika perlu, gunakan sikat yang jarang untuk kurangkan tekanan pada rambut.

Cuci rambut anda selang sehari (maksima).

Ada pelanggan yang teruja untuk rawat rambut sampai cuci hari-hari rambutnya.

Ini kerana rambut yang disyampu akan kering dan rambut kita perlukan kelembapan.

Shampoo Santan tidak mengeringkan rambut seperti syampu rambut komersial yang lain.

Namun, berilah masa pada rambut anda dapatkan kelembapan itu. Hal ini kerana rambut yang kering akan mudah putus.

Anda boleh baca artikel ini untuk cara guna shampoo santan yang efektif! KLIK SINI!

4# Healing Crisis

Apa itu healing crisis?

Healing crisis biasa terjadi dalam tempoh rawatan dan penyesuaian produk baru yang kita guna.

Healing crisis seperti detox iaitu proses pemulihan mengeluarkan segala toxin atau penyakit yang ada pada badan.

Tidak semua orang akan mengalami healing crisis.

Namun, ada juga pelanggan kami yg mengalami healing crisis dimana pada awal pengunaan rambut memang gugur dengan jayanya!

Dalam penggunaan shampoo santan, tanda healing crisis yang biasa dialami ialah rambut semakin gugur dan berkelemumur.

Tetapi selepas tetap konsisten pakai dalam masa seminggu dua barulah rambut kembali sihat dan kurang gugur.

Kami sarankan anda guna dengan konsisten dan beri peluang pada shampoo santan selama sebulan untuk menampakkan hasil.

Ada pelanggan yang cepat kesan tapi ada juga yang amik masa.

5# Tidak Konsisten Amalkan Shampoo Santan

Dalam mendapatkan rawatan untuk rambut dengan menggunakan produk natural, anda haruslah bersabar.

Jangan cepat berputus asa dan bertukar-tukar produk.

Apabila anda menggunakan produk yang berasaskan bahan semulajadi anda harus ada kesabaran yang tinggi.

Kesimpulan

Kalau pakai hari ni, pakai seminggu, 2 minggu or sebulan tidak ada kesan maka perlu banyakkan bersabar.

Terus konsisten dan anda akan dapat lihat hasilnya.

Produk shampoo santan ini tidak mempunyai bahan kimia. Jadi kesannya tidak secepat shampoo di luar.

Namun ianya bersifat natural dan wangi.

Ingin Beli Shampoo Santan Secara Online?

Related Post

Syarat Dan Cara Menjadi Agen Shampoo Santan Tawaran agen shampoo santan ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang:Sedang mencari sumber pendapatan sampingan. Surirumah yang ingin bantu tin...
Kenapa Shampoo Santan Tidak Berbuih? Mesti ada yang tertanya-tanya kenapa shampoo santan tidak berbuih?Baik! Jom sama-sama kita baca fakta di bawah. Penting jika anda seorang pengguna...
5 Sebab Shampoo Santan Tidak Memberi Kesan Optimum “Saya dah guna shampoo santan ini hampir seminggu tetapi rambut gugur makkin banyak.” “Dah dekat sebulan saya pakai shampoo santan tapi masih gugur r...
Puan Miza Jual 19 Botol Shampoo Santan Sehari? Ket... Puan Miza boleh jual 19 botol shampoo santan sehari ? Ada ilmu pelaris ke? Kalau nak tau rahsia beliau kena baca sampai habis ya.Alhamdulillah...
Cara Guna Shampoo Santan Dengan Efektif Ramai yang mungkin sudah beli produk shampoo santan my home lab ini, tetapi tidak tahu bagaimana nak gunakan produk ini dengan efektif.Sepatutnya,...