6 Tips Penjagaan Rambut Panjang

Kebanyakan kaum wanita pasti mengimpikan memiliki rambut panjang mengurai bak Rapunzel bukan? Lebih banyak teknik dandanan yang boleh digayakan apabila memiliki rambut yang panjang.

Namun, kami pasti anda juga sedia maklum bahawa bukan senang untuk menjaga dan memelihara rambut yang panjang agar sentiasa kekal sihat dan menawan.

Anda boleh cuba beberapa tips di bawah jika sedang mengalami masalah cara menguruskan rambut yang panjang dengan betul.

#1 Gunakan Produk yang Bersesuaian

Pastikan anda memilih produk yang sesuai dengan rambut anda. Jika masalah rambut anda menemui jalan buntu setelah mencuba sesuatu produk dengan konsisten dan cara penggunaan yang betul, anda boleh cuba menggunakan produk lain pula. Pilih yang terbaik untuk rambut anda.

Kami sarankan anda menggunakan produk yang bebas daripada bahan kimia merbahaya. Sebaiknya gunalah produk yang berasaskan sumber semulajadi.

Anda boleh cuba menggunakan Produk Shampoo Santan yang berasaskan Santan Asli dan Minyak Kelapa. Pastikan anda menggunakan produk ini dengan cara yang betul agar kesannya lebih efektif.

#2 Cuci Rambut dengan Cara yang Betul

Adakah anda pasti bahawa anda telah menggunakan teknik yang betul ketika mencuci rambut anda?

  1. Menurut Penggaya Rambut terkenal di Newyork iaitu Nunzio Saviano, langkah pertama ketika mencuci rambut adalah dengan membilas keseluruhan rambut dengan air suam-suam kuku. Hal ini dapat membuka liang-liang pori yang tersumbat dan membebaskan segala jenis kotoran pada kulit kepala.
  2. Ketika menggunakan syampu, pastikan anda fokus pada kulit kepala sahaja. Pastikan ketika bersyampu, anda turut meberikan urutan lembut menggunakan jari kepada kulit kepala.
  3. Akhir sekali, bilas rambut dengan air sejuk supaya pori pada rambut kembali tertutup.

Kekerapan mencuci rambut adalah bergantung pada jenis rambut anda.

#3 Penggunaan Sikat yang Betul

Penggunaan jenis sikat yang betul memainkan peranan penting dalam memastikan rambut anda sentiasa terurus dan kekal sihat sepanjang hari. Gunakan sikat jenis “Wide-Tooth Combs” ketika menyisir rambut yang panjang.

Pastikan anda mula menyisir pada bahagian hujung rambut terlebih dahulu bagi mengurangkan masalah kerosakan pada rambut. Elakkan menyisir rambut ketika ianya masih basah kerana rambut yang basah lebih rapuh dan sukar diurus.

#4 Kurangkan Penggunaan Curling Iron dan Hair Dryer

Elakkan daripada menggunakan sebarang peralatan yang mengeluarkan haba ketika mendandan rambut anda. Hal ini kerana haba akan menyebabkan rambut anda menjadi kering dan mudah putus.

Jika anda ingin menggunakan Hair Dryer, pastikan anda memilih tetapan yang paling sejuk. Anda mungkin boleh cuba menggunakan alat pengerinting rambut secara manual jika ingin mendapatkan rambut yang kerinting dan kekal sihat.

#5 Gunakan Minyak Kelapa

Penggunaan minyak kelapa yang konsisten dalam penjagaan rambut dapat membantu rambut kekal lembap dan sihat. Minyak kelapa bukan sahaja membantu meningkatkan pengekalan protein dalam rambut malahan, berperanan sebagai pelindung daripada sinaran UV merbahaya.

Selain itu, kandungan vitamin dan asid lemak dalam minyak kelapa membantu menyihatkan kulit kepala dan menghilangkan sebum pada folikel rambut.

Jika anda alah akan bau minyak kelapa, anda mungkin boleh cuba menggunakan Shampoo Santan yang berasaskan minyak kelapa tetapi berbau oren.

#6 Amalkan Diet Seimbang dan Minum Air Secukupnya

You Are What You Eat”. Jika anda ingin rambut anda kekal sihat dan terurus walaupun panjang, anda harus menjaga pemakanan seharian anda. Pastikan anda mengambil diet yang seimbang nutrisinya.

Selain itu, pastikan anda minum air putih dengan kadar yang mencukupi agar sentiasa kekal hidrasi. Kekal hidrasi sepanjang hari mampu menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat.

Related Post

Kandungan Shampoo Santan My Home Lab & Fungsi... Shampoo santan terkenal dengan keberkesanannya mengurangkan kelemumur, rambut gatal, rambut gugur dan juga pelbagai jenis masalah rambut yang lain.  ...
Syarat Dan Cara Menjadi Agen Shampoo Santan Tawaran agen shampoo santan ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang:Sedang mencari sumber pendapatan sampingan. Surirumah yang ingin bantu tin...
5 Faktor Rambut Beruban Di Usia Muda dan Tips Mera... Kebanyakan Orang Asia akan mengalami rambut beruban pada lewat usia 30-an. Namun, ada juga yang memiliki rambut beruban di usia muda. Kenapa rambut ...
Empat (4) Nutrien yang Rambut Perlukan Tidak Kira ... Pernahkah anda tertanya-tanya, makanan jenis apakah yang akan membuatkan rambut anda lebih sihat dan cantik secara semulajadi? Untuk mengetahui jawa...
Shampoo Santan adalah Produk Natural Kebelakangan ini ramai yang semakin sedar dengan bahayanya produk kimia. Semakin ramai yang mula jatuh hati dengan produk semulajadi atau produk natur...

4 thoughts on “6 Tips Penjagaan Rambut Panjang

Leave a Comment