Bagaimana Rambut Kelemumur Berlaku & Cara Mengatasinya

Ramai wanita mahupun lelaki mengalami isu rambut banyak kelemumur sehingga menimbulkan ketidakselesaaan lebih-lebih jika bekerja di dalam tempat beraircond.

Mari saya kongsikan bagaimana kulit kepala berkelemumur dan cara mengatasinya.

Kulit kepala berkelemumur di sebabkan beberapa faktor:

  1.  Jenis kulit kepala kering
  2.  Stratum Corneum nipis dan rosak (rujuk nota mengenai SLS)
  3.  Perubahan penggantian kulit mati
  4.  PH air rumah terlalu beralkali
  5. Jangkitan kuman

1. Jenis kulit kepala kering

Seperti kulit muka, setiap manusia mempunyai pelbagai jenis keadaan kulit. Ada yang jenis kering,
berminyak dan kombinasi.

Kekurangan penghasilan sebum (minyak) natural kulit menjadi punca kulit
kepala kering.

Penghasilan sebum yang kurang kemungkinan di sebabkan oleh stratum corneum yang rosak.

2. Stratum Corneum (lapisan pelindung kulit) nipis dan rosak.

Kenapa ianya rosak disebabkan cahaya matahari dan penggunaan bahan kimia yang kuat dan factor
luaran yang lain (rujuk nota mengenai SLS).

3. Perubahan penggantian kulit mati

Kelemumur adalah kulit mati yang tertanggal.

Kulit kita akan sentiasa bertukar dan menghasilkan yang baru. Kelemumur terjadi apabila berlaku ketidak seimbangan perubahan dan regenerasi kulit.

4. PH air rumah terlalu beralkali

Kulit kita mempunyai kadar PH ideal sekitar 5.5, namun masih boleh bertolenrasi dengan PH atas
sedikit sehingga PH neutral iaitu 7.

Shampoo santan (formula terbaru, januari 2017) mempunyai PH sekitar 6 dan masih dalam kategori
tolenrasi.

Tetapi air rumah yang digunakan untuk basuhan dan membilas shampoo kemungkinan mempunyai PH yang beralkali yang mungkin melebihi paras Neutral iaitu 7.

Di dalam regime penjagaan kulit, toner selalu digunakan selepas membasuh muka dan sebelum
pelembap kerana untuk merendahkan PH supaya ideal dengan PH kulit kita.

PH yang tinggi antara sebab Stratum Corneum tidak mampu mengekalkan kesihatannya.

Apakah langkah yang patut dibuat?

Buat bilasan cuka epal.

Campurkan cuka air dan air di dalam botol, guna untuk bilasan terakhir lepas
bershampoo.

1 bahagian cuka epal: 2 bahagian air, goncang bagi sebati dan guna lepas bershampoo.

Tak perlu bilas, walaupun bau agak busuk tapi bau tak lekat lepas kering.

Jangan risau. Tujuan buat bilasan cuka epal adalah untuk menurunkan ph air rumah. Sama fungsi seperti toner
dalm regime penjagaan kulit muka.

Jika anda menggunakan shampoo santan, pastinya anda ikut saranan agar tidak melakukan 5 perkara ini.

5. Jangkitan Kuman

Jangkitan kuman menjadi punca berlakunya kelemumur yang berpanjangan.

Jika simptom berterusan dan berpanjangan walaupun sudah menggunakan shampoo santan, pelanggan di
sarankan untuk berjumpa dengan doctor untuk mengenal pasti punca sebenar yang mungkin
disebabkan jangkitan kuman.

Cara Mengatasi Rambut Kelemumur

Ada 2 tips mudah untuk atasi rambut kelemumur teruk.

Pertama: Santan Asli

Dapatkan santan asli yang diperah daripada buah kelapa betul (bukan yang dalam kotak ya), dan lumurkan pada kulit kepala.

Kemudian perap. Cara ini berkesan dan menjimatkan namun anda kena berhadapan dengan bau tengik santan.

Kedua: Shampoo Santan My Home Lab

Shampoo santan My Home Lab mengandungi santan asli dan pada masa sama ditambah orange essential oil untuk mengelakkan kegatalan kulit kepala. Lihat kandungan shampoo santan terperinci di sini.

Ianya bersifat natural dan tidak mengandungi bahan kimia. Diinspirasikan melalui pembuatan dari rumah dan memberi kesan memberansangkan. Lihat testimoni shampoo santan. 

Jika anda belum dapatkan, boleh dapatkan di kedai online kami.

 

Related Post

5 Faktor Rambut Beruban Di Usia Muda dan Tips Mera... Kebanyakan Orang Asia akan mengalami rambut beruban pada lewat usia 30-an. Namun, ada juga yang memiliki rambut beruban di usia muda. Kenapa rambut ...
Lima (5) Tips Penjagaan Rambut Lelaki Gaya rambut Oppa ataupun K-Pop sudah menjadi ikutan kebanyakan kaum lelaki masa kini. Ini menunjukkan bahawa bukan kaum wanita sahaja yang menitikbera...
6 Punca Rambut Kering & Lima Cara Merawatnya Rambut kering dan rosak merupakan isu yang sering berlaku pada kebanyakan wanita diluar sana. Rata-rata mereka mengalami rambut kering adalah kerana ...
Combo Shampoo Santan + Wonder Hair Oil (1 set) KELEBIHAN SHAMPOO SANTAN MY HOME LAB Membantu menyelesaikan masalah rambut gugur Membantu mengatasi masalah gatal kulit rambut Membantu men...
Tips Penjagaan Rambut Bagi Wanita Bertudung Setiap pagi anda serba salah untuk mencuci rambut atau tidak? Jika mencuci rambut, anda perlu menunggu ia kering sebelum memakai tudung. Jika ti...

4 thoughts on “Bagaimana Rambut Kelemumur Berlaku & Cara Mengatasinya”

  1. Saya dah pakai syampu santan sebulan lebih. Tapi kelemumur makin menjadi jadi. Saya dah baca artikel 5 punca tu and tak ada yang saya amalkan pun. Tapi still kelemumur meriah.

    • Salam
      Ya tidak dinafikan ada yang tidak menjadi.

      Jesteru, pihak HQ keluarkan shampoo serai untuk atasi khusus masalah kelemumur bagi mereka yang amalkan shampoo santan tak menjadi.

      Boleh order shampoo serai untuk combine dengan shampoo santan bagi atasi kelemumur

Leave a Reply to Muhammad Cancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.