Cara Guna Shampoo Santan Dengan Efektif

Ramai yang mungkin sudah beli produk shampoo santan my home lab ini, tetapi tidak tahu bagaimana nak gunakan produk ini dengan efektif.

Sepatutnya, jika anda membeli dengan stokis, ejen atau leader shampoo santan yang sah, anda boleh terus tanya dengan mereka semula.

Tetapi kita kena faham, bahawa kemungkinan ada ejen yang terlupa untuk ajar bagaimana untuk gunakan produk ini secara efektif. Perlu diingatkan.

Jesteru, saya ingin kongsikan cara guna shampoo santan dengan efektif: 

1# Basahkan Rambut Sepenuhnya

Maksud betul-betul di sini adalah kita basuh rambut sehingga kena ke kulit rambut. Terutamanya wanita yang mempunyai rambut yang panjang, kadar air untuk tidak kena kulit kepala amat tinggi.

Untuk basahkan sepenuhnya rambut, anda perlu gunakan jari untuk gosok rambut anda dan buka ruang tersebut supaya kena kulit kepala.

2# Picit Shampoo Santan ke dalam Gayung

Anda picit shampoo santan anda anggaran satu sudu teh jika anda berambut pendek dan satu sudu besar jika berambut panjang dan tebal, kemudian masukkan di dalam gayung atau bekas kecil.

Pastikan tidak tuang terlalu banyak.

3# Isi Air ke dalam Bekas Tersebut

Isi air penuh separuh bekas dan kacau dengan tangan supaya tampak sedikit buih yang keluar.

Pastikan anda tidak isi penuh kerana takut jumlah air terlebih banyak dan buih akan berkurang.

4# Curahkan ke Rambut dan Peram

Gunakan tangan anda untuk curahkan air shampoo tersebut ke atas rambut sedikit demi sedikit dan lumurkan.

Lebih bagus jika anda gunakan tangan anda untuk garu dan urut perlahan agar kena ke kulit kepala yang basah tersebut. Gunakan sehingga habis.

Kemudian peram rambut anda dengan shampoo santan atau biarkan selamas 3 minit minima atau 5 minit maksima bagi kesan maksimum.

5# Basuh Rambut Anda dengan Air Sepenuhnya

Anda perlu berhati-hati dalam fasa ini. Jika anda tidak membersihkan betul-betul, kemungkinan baki shampoo tersebut boleh melekat di rambut dan menyebabkan anda kurang selesa di kemudian hari.

Pastikan anda bilas sepenuhnya sehingga anda rasa selesa dan puas hati.

Bermanfaat?

Boleh bantu saya #share post ini dengan rakan anda. Tak rugi berkongsi insyaallah.

 

 

Ingin Beli Shampoo Santan Secara Online?

Related Post

6 Tips Penjagaan Rambut Panjang Kebanyakan kaum wanita pasti mengimpikan memiliki rambut panjang mengurai bak Rapunzel bukan? Lebih banyak teknik dandanan yang boleh digayakan apabil...
Puan Miza Jual 19 Botol Shampoo Santan Sehari? Ket... Puan Miza boleh jual 19 botol shampoo santan sehari ? Ada ilmu pelaris ke? Kalau nak tau rahsia beliau kena baca sampai habis ya.Alhamdulillah...
Tujuh (7) Punca Rambut Gatal & Cara Atasi Kepala anda sering gatal-gatal? Keadaan ini pasti akan membuatkan kehidupan seharian anda kurang selesa. Masalah ini berlaku tidak kira dalam kalang...
Kenapa Shampoo Santan Tidak Berbuih? Mesti ada yang tertanya-tanya kenapa shampoo santan tidak berbuih?Baik! Jom sama-sama kita baca fakta di bawah. Penting jika anda seorang pengguna...
6 Punca Rambut Kering & Lima Cara Merawatnya Rambut kering dan rosak merupakan isu yang sering berlaku pada kebanyakan wanita diluar sana. Rata-rata mereka mengalami rambut kering adalah kerana ...

9 thoughts on “Cara Guna Shampoo Santan Dengan Efektif

    • Terima kasih puan kerana bertanya.

      Untuk rambut sebenarnya sesuai untuk banyak jenis rambut termasuk kulit kepala gatal.

      Anak saya mengalami excema dan masih sesuai sebab produk ini tidak mengalami bahan kimia seperti SLS,Sles, Parabaen dan Silicon yang boleh merosakkan rambut dan tidak sesuai untuk kulit gatal.

      Macam kes puan, kita ada banyak testimoni mereka yang mengalami kulit gatal dan kembali tidak gatal.

    • Kalau setiap hari pun tiada masalah sekiranya guna shampoo santan.

      Kalau guna shampoo lain yang ada bahan kimia sangat tidak digalakkan.

      Tetapi utk kesan efektif dan menjimatkan ,guna sekali peram, kemudian selang 3-4 hari guna lagi.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.