Empat (4) Nutrien yang Rambut Perlukan Tidak Kira Lelaki atau Wanita

Pernahkah anda tertanya-tanya, makanan jenis apakah yang akan membuatkan rambut anda lebih sihat dan cantik secara semulajadi?

Untuk mengetahui jawapannya, anda harus tahu apakah nutrien yang diperlukan oleh rambut untuk tumbuh dengan subur.

Asasnya, rambut memerlukan empat jenis nutrien untuk memastikan ianya kekal kuat dan sihat.

Berikut adalah empat nutrien untuk rambut tersebut:

#1 Protein

  • Struktur asas rambut terdiri daripada 90% lebih protein.
  • Rambut akan menjadi kering,mudah rapuh, dan senang gugur sekiranya tidak mendapat sumber protein yang secukupnya.
  • Sumber makanan seperti ayam,ikan dan produk tenusu kaya dengan protein.
  • Selain itu, anda juga boleh menggunakan minyak kelapa untuk membantu mengekalkan protein pada rambut.
  • Menurut Maria Fernanda Reiz Gavazzoni Dias, ahli Dermatologi Brazil, minyak kelapa merupakan satu-satunya minyak yang membantu mengurangkan kehilangan protein pada rambut.

Shampoo santan mengandungi minyak kelapa yang sangat bagus untuk rambut.

#2 Mineral

  • Mineral seperti zat besi dan zink juga amat penting dalam memastikan rambut anda sentiasa kekal sihat.
  • Zat besi berperanan dalam memastikan sel darah merah membekalkan oksigen yang cukup di dalam badan. Kekurangan zat besi akan menyebabkan masalah keguguran rambut yang banyak.
  • Pastikan anda mengambil makanan seperti daging, telur, tiram, atau sayuran berdaun hijau dalam diet seharian agar keperluan zat besi anda mencukupi.
  • Zink pula amat penting dalam proses pembaikan dan pertumbuhan tisu rambut. Ia juga membantu kelenjar minyak pada folikel rambut berfungsi dengan baik. Keguguran rambut adalah tanda-tanda anda tidak dapat bekalan zink yang secukupnya. Akan tetapi, pengambilan zink yang berlebihan juga boleh menyebabkan keguguran rambut. Jadi, berpada-padalah.
  • Makanan yang kaya dengan sumber zink adalah tiram, bayam dan juga biji labu.

#3 Vitamin

  • Selain itu, vitamin seperti vitamin c, vitamin e, vitamin a, vitamin b, dan vitamin d juga perlu untuk memastikan kesihatan rambut anda terjamin.
  • Makanan yang mengandungi vitamin c seperti buah strawberi dan betik dapat membantu penyerapan zat besi dengan lebih optimum. Vitamin c juga bertindak sebagai antioksida untuk melawan radikal bebas yang dapat merosakkan rambut dari luar. Ia juga penting untuk membantu menghasilkan kolagen yang diperlukan untuk pertumbuhan rambut.
  • Sama seperti vitamin c, vitamin e juga bertindak sebagai antioksida untuk melawan radikal bebas. Anda boleh mendapatkan vitamin e dalam makanan seperti biji bunga matahari, kacang almond dan juga buah avokado.
  • Vitamin a pula penting dalam proses penghasilan sebum. Sebum amat penting untuk mengelakkan kekeringan pada kulit kepala dan membantu mengekalkan kesihatan rambut. Makanan yang mengandungi vitamin a termasuklah tomato dan sayuran berwarna hijau gelap.
  • Vitamin b yang dikenali sebagai biotin juga amat penting dalam mendapatkan rambut yang sihat. Vitamin b juga membantu penghasilan sel darah merah yang akan membekalkan oksigen kepada kulit kepala dan folikel rambut. Makanan laut dan gandum kaya dengan vitamin b.
  • Kajian menunjukkan bahawa kurang vitamin d adalah salah satu punca terjadinya masalah keguguran rambut yang dikenali sebagai alopecia. Vitamin d penting dalam penghasilan folikel rambut. Sumber makanan yang kaya dengan vitamin d adalah seperti cendawan dan minyak ikan kod.

Vitamin E & pro vitamin B-5 telah ditambah untuk edisi terbaru

#4 Lemak

  • Lemak yang kaya dengan asid lemak seperti Omega 3 amat penting dalam proses penumbuhan rambut yang lebat dan sihat.
  • Journal of Cosmetic Dermatology yang dikeluarkan pada tahun 2015 telah membuktikan bahawa Omega 3 memainkan peranan penting dalam proses penumbuhan rambut.
  • Anda harus pastikan diet anda mengandungi Omega 3. Ikan salmon, ikan isi putih dan buah avokado kaya dengan Omega 3.

Kini anda sudah tahu nutrien yang diperlukan oleh rambut anda.

Mulakanlah diet pemakanan seimbang yang mengandungi semua jenis nutrien yang diperlukan agar rambut anda sentiasa sihat dan cantik secara semulajadi.

Jangan lupa untuk menggunakan produk syampu yang sesuai dan bebas bahan kimia agar kecantikan rambut anda berkekalan.

Related Post

5 Punca Rambut Lelaki Gugur Sesetengah wanita suka akan suami yang berkepala botak. Ada juga wanita yang mengimpikan rambut si suami lebat dan bersinar-sinar. Untuk kaum hawa yan...
1 Unit Shampoo Serai My Home Lab KELEBIHAN SHAMPOO SERAI MY HOME LAB Dirumus Khas untuk megatasi masalah rambut kelemumur dan gugur.Selamat Halal Kesan seawal 3-7 hari pe...
5 Faktor Rambut Beruban Di Usia Muda dan Tips Mera... Kebanyakan Orang Asia akan mengalami rambut beruban pada lewat usia 30-an. Namun, ada juga yang memiliki rambut beruban di usia muda. Kenapa rambut ...
6 Punca Rambut Kering & Lima Cara Merawatnya Rambut kering dan rosak merupakan isu yang sering berlaku pada kebanyakan wanita diluar sana. Rata-rata mereka mengalami rambut kering adalah kerana ...

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.