Keistimewaan Shampoo Santan Yang Ramai Tidak Maklum

Shampoo Santan? Penggemar produk-produk yang berasaskan bahan semulajadi pasti tidak asing lagi dengan Shampoo Santan. Apa istimewanya Shampoo Santan sehingga menjadi sebutan orang ramai?

Namun begitu, masih ramai pengguna di luar sana yang belum maklum akan keistimewaan shampoo santan sehingga menyebabkan mereka menjadi skeptikal untuk mencubanya.

Dua keistimewaan shampoo santan yang menjadi buah mulut pengguna dan sukar ditolak bagi sesiapa yang benar memerlukan.

#1 Produk berasaskan bahan semulajadi dan bebas bahan kimia merbahaya

  • Berasaskan bahan semulajadi (santan asli, minyak kelapa, minyak pati oren, dan minyak pati herba rosemary)

kandungan shampoo santan

Pengasas produk Shampoo Santan, Puan Sophia Ruslan menggunakan empat jenis bahan utama ini untuk menghasilkan syampu yang berasaskan santan asli tetapi tidak berbau santan.

Anda boleh baca maklumat lanjut tentang bahan-bahan yang digunakan dalam penghasilan Shampoo Santan di sini.

  • Bebas Paraben

Paraben merupakan bahan kimia yang sering digunakan dalam penghasilan produk kosmetik dan barangan rumah sebagai bahan antibakteria dan antifungul supaya produk tahan dengan lebih lama.

Kita sering dimomokkan bahawa Paraben antara punca terjadinya kanser. Namun begitu, belum ada bukti yang kukuh bahawa Paraben menyebabkan kanser.

Paraben adalah bersifat lipofilik dan tubuh badan manusia mampu menyerapnya dengan mudah. Ia juga mudah diserap kedalam tisu lemak.

Walaupun begitu, menurut Dr. Osamu Handa dari Universiti Perubatan Kyoto, penggunaan paraben yang dikenali sebagai methylparaben pada kulit akan menyebabkan berlakunya proses penuaan kulit dengan cepat dan merosakkan DNA apabila ia bertindakbalas dengan UV.

Oleh sebab Shampoo Santan tidak mengandungi Paraben, produk ini paling efektif dalam tempoh empat bulan dari tarikh pembuatannya.

  • Bebas Sodium Lauryl Sulfate(SLS) dan Sodium Lauryl Ether Sulfate(SLES)

SLS dan SLES sering digunakan dalam penghasilan produk sabun mandian dan syampu sebagai bahan untuk menghasilkan buih.

Penggunaan produk yang mengandungi SLS dan SLES akan mengakibatkan berlakunya iritasi pada kulit dan mata kerana ia menghilangkan kandungan minyak pada kulit.

Jadi, tidak hairanlah kenapa Shampoo Santan tidak berbuih seperti produk syampu yang lain. Buih bukanlah kayu ukur samada syampu itu berkualiti dan efektif ataupun tidak. Anda harus cuba terlebih dahulu. Pastikan anda menggunakan Shampoo Santan dengan cara yang betul. Klik di sini untuk cara-cara penggunaan Shampoo Santan yang efektif.

  • Bebas Silikon

Silikon bertindak menyelaputi helaian rambut agar rambut kelihatan bersinar-sinar dan licin. Lapisan ini sukar ditanggalkan dan akan menyebabkan minyak yang baik untuk rambut tidak sampai ke akar umbi.

Selain itu, silikon juga boleh mengakibatkan kegatalan dan iritasi pada folikel rambut.

Apabila anda menggunakan Shampoo Santan,anda akan dapati bahawa rambut akan terasa sedikit kesat pada awalnya. Namun, jangan risau kerana rambut anda akan terasa lebih lembut dan mudah diurus setelah ianya kering.

#2 Produk yang mampu menyelesaikan kebanyakan masalah rambut

Shampoo Santan terkenal dengan keberkesanannya mengurangkan kelemumur, rambut gatal, rambut gugur, dan juga pelbagai jenis masalah rambut yang lain.

Kandungan minyak kelapa di dalam Shampoo Santan membantu rambut mendapat kelembapan yang secukupnya dan menjaga kulit kepala supaya bebas daripada masalah kelemumur.

Protein yang terkandung dalam santan mampu membaiki,mengukuhkan dan melindungi rambut daripada masalah keguguran.

Minyak pati oren bukan sahaja memberi bau wangi dan rasa segar, malahan dapat melegakan kegatalan rambut. Minyak pati oren membantu memecah sebum berlilin dan menyingkirkan toksin pada kulit kepala.

Santan dan minyak kelapa dapat mengatasi masalah kekeringan pada rambut. Rambut anda akan kekal lembap dan sihat sepanjang hari.

Untuk anda yang masih tercari-cari syampu yang serasi, cubalah produk Shampoo Santan dengan harga mampu milik. Anda boleh dapatkannya di sini. Jika anda masih ragu-ragu, anda boleh membaca testimoni daripada pengguna-pengguna yang telah menggunakan Shampoo Santan sebelum ini. Pilihan di tangan anda.

Related Post

Shampoo Santan adalah Produk Natural Kebelakangan ini ramai yang semakin sedar dengan bahayanya produk kimia. Semakin ramai yang mula jatuh hati dengan produk semulajadi atau produk natur...
Tujuh (7) Punca Rambut Gatal & Cara Atasi Kepala anda sering gatal-gatal? Keadaan ini pasti akan membuatkan kehidupan seharian anda kurang selesa. Masalah ini berlaku tidak kira dalam kalang...
Bagaimana Rambut Kelemumur Berlaku & Cara Men... Ramai wanita mahupun lelaki mengalami isu rambut banyak kelemumur sehingga menimbulkan ketidakselesaaan lebih-lebih jika bekerja di dalam tempat berai...
6 Tips Penjagaan Rambut Panjang Kebanyakan kaum wanita pasti mengimpikan memiliki rambut panjang mengurai bak Rapunzel bukan? Lebih banyak teknik dandanan yang boleh digayakan apabil...
Puan Miza Jual 19 Botol Shampoo Santan Sehari? Ket... Puan Miza boleh jual 19 botol shampoo santan sehari ? Ada ilmu pelaris ke? Kalau nak tau rahsia beliau kena baca sampai habis ya.Alhamdulillah...

Leave a Comment