Tips Penjagaan Rambut Bagi Wanita Bertudung

Setiap pagi anda serba salah untuk mencuci rambut atau tidak?

Jika mencuci rambut, anda perlu menunggu ia kering sebelum memakai tudung.

Jika tidak dicuci, anda akan berasa tidak selesa sepanjang hari. Persoalan sebegini pasti akan berlegar-legar dalam fikiran wanita bertudung terutamanya yang bekerjaya.

Penjagaan rambut yang rapi amat penting untuk wanita bertudung kerana wanita bertudung lebih cenderung untuk mengalami masalah rambut.

Apakah masalah yang sering anda alami?

#1 Rambut Berbau

Adakah rambut anda sering berbau tidak enak saat anda membuka tudung anda? Hal ini sering terjadi apabila rambut dibiarkan tertutup dalam jangka masa panjang. Rambut tidak mendapat pengaliran udara yang baik. Jadi, kulit kepala akan lebih mudah berpeluh dan berminyak seterusnya membuatkan rambut berbau busuk dan kepam.

#2 Kegatalan Kulit Kepala

Pernahkah kepala anda berasa gatal-gatal ketika bertudung? Situasi sebegini pasti akan menjejaskan mood anda. Cuba bandingkan antara bertudung ketika rambut masih lembap dan bertudung ketika rambut sudah kering. Keadaan manakah yang lebih menyebabkan kulit kepala anda gatal-gatal? Pasti ramai akan merasa bertudung ketika rambut lembap lebih menggatalkan kulit kepala.

#3 Keguguran Rambut

Keguguran rambut sering berlaku dalam kalangan lelaki mahupun wanita. Wanita bertudung lebih terdedah kepada masalah ini jika tidak menjaga rambut dengan betul. Untuk mengetahui punca-punca berlakunya rambut gugur dalam kalangan wanita, sila baca di sini.

#4 Kelemumur

Masalah kelemumur juga akan menghantui wanita-wanita bertudung. Peluh dan minyak yang terhasil ketika bertudung bukan sahaja menyebabkan rambut berbau, malahan akan mengakibatkan masalah kelemumur. Hal ini akan menyebabkan kegatalan kulit kepala anda menjadi semakin kronik.

#5 Rambut Kusut Masai

Rambut anda kelihatan kusut masai serta bercabang setelah membuka tudung? Hal ini terjadi mungkin disebabkan oleh rambut yang kering. Ketahui punca rambut kering dan cara-cara mengatasinya di sini.

Berikut saya kongsikan cara dan teknik penjagaan rambut yang betul bagi wanita bertudung supaya rambut kekal sihat dan baik.

  1. Cuba elakkan memakai tudung ketika rambut masih belum kering Kami sarankan anda tidak mencuci rambut pada waktu pagi sebelum bekerja agar dapat menjimatkan masa. Sebaliknya, cucilah setelah anda pulang dari kerja. Dengan berbuat demikian, rambut anda berpeluang untuk mengering secara semulajadi tanpa memerlukan bantuan alat pengering rambut.
  2. Pastikan anda mencuci rambut anda menggunakan produk syampu yang sesuai. Seeloknya pilihlah syampu yang bebas bahan kimia dan sesuai dengan masalah rambut yang anda miliki.
  3. Selain itu, pemilihan fabrik tudung yang sesuai dan selesa juga memainkan peranan penting dalam memastikan kesihatan dan kecantikan rambut anda terpelihara.
  4. Elakkan juga memakai tudung yang tebal dan berlapis-lapis agar rambut anda mendapat aliran udara yang mencukupi. Memilih tudung yang kurang tebal bukanlah bermaksud jarang. Pastikan tudung yang menjadi pilihan tidak tebal namun tidak jarang kerana menjaga aurat mahkota wanita itu lebih utama.
  5. Hindari juga memakai tudung berwarna gelap ketika cuaca panas terik kerana tudung yang gelap akan menyerap lebih banyak haba.
  6. Apabila berada di rumah, anda harus memberi kebebasan kepada rambut Jangan mengikat rambut dengan terlalu ketat. Sebolehnya biarkan ia bebas berterbangan.

Bertudung bukanlah penghalang untuk anda memiliki rambut yang sihat dan cantik. Tanpa penjagaan yang rapi, wanita tidak bertudung juga akan mengalami masalah yang sama.

Kesimpulannya, jagalah mahkota wanita anda dengan sempurna agar kehidupan seharian anda lebih berkualiti dan produktif.

Related Post

1 Unit Shampoo Santan My Home Lab KELEBIHAN SHAMPOO SANTAN MY HOME LABSelamat Halal Kesan seawal 3-7 hari penggunaan Bebas bahan kimia berbahaya Bebas SLS Bebas ...
Tujuh (7) Punca Rambut Gugur Yang Wajib Semua Wani... Setiap kali anda menyisir rambut, sikat akan dipenuhi dengan helaian rambut yang gugur.Atau anda seringkali harus menyapu lantai kamar tidur keran...
Tujuh (7) Punca Rambut Gatal & Cara Atasi Kepala anda sering gatal-gatal? Keadaan ini pasti akan membuatkan kehidupan seharian anda kurang selesa. Masalah ini berlaku tidak kira dalam kalang...
Bagaimana Rambut Kelemumur Berlaku & Cara Men... Ramai wanita mahupun lelaki mengalami isu rambut banyak kelemumur sehingga menimbulkan ketidakselesaaan lebih-lebih jika bekerja di dalam tempat berai...

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.