Potongan Rambut Ikut Bentuk Muka

Pernahkah terlintas di fikiran, potongan rambut yang bagaimanakah paling sesuai dengan diri anda?

Dalam tempoh masa setahun, berapa kerapkah anda menukar fesyen potongan rambut anda?

Sesetengah orang jarang menukar fesyen potongan rambut kerana tidak tahu jenis potongan manakah yang tampak sesuai dengan penampilan mereka.

Sebelum mengetahui potongan rambut apa yang sesuai dengan anda, anda perlu tahu terlebih dahulu jenis bentuk muka anda.

Bentuk Oval

  • Rahang bulat
  • Panjang muka sama dengan satu setengah kali lebar wajah
  • Dahi lebih lebar daripada dagu
  • Tulang pipi terlihat jelas
  • Bentuk muka paling ideal

Bentuk Panjang

  • Rahang bulat
  • Perbezaan antara panjang dan lebar muka sangat ketara
  • Muka kelihatan panjang
  • Muka tampak sempit tanpa sudut
  • Kening, tulang pipi, dan rahang memiliki lebar yang sama

Bentuk Bulat

  • Rahang penuh dan bulat
  • Panjang dan lebar muka hampir sama
  • Pipi tampak tembam

Bentuk Kotak

  • Rahang nampak tegas
  • Panjang dan lebar muka hampir sama
  • Kening, tulang pipi, dan rahang memiliki lebar yang sama
  • Dagu berbentuk persegi

Bentuk Hati

  • Rahang sempit
  • Bentuk muka lebar pada bahagian dahi dan pipi
  • Dahi lebar
  • Tulang pipi besar
  • Sama seperti bentuk muka oval, tetapi dagu tampak lebih runcing

Bentuk Diamond

  • Rahang lebar
  • Lebar muka lebih besar daripada panjang muka
  • Tulang pipi lebar
  • Dahi sempit
  • Dagu runcing

Bentuk muka memainkan peranan penting dalam menentukan jenis potongan rambut yang sesuai.

Setelah mengetahui jenis bentuk muka, anda bolehlah memilih jenis potongan rambut yang sesuai dengannya agar kelihatan lebih cantik dan bergaya.

Berikut merupakan beberapa pilihan gaya rambut yang sesuai mengikut bentuk muka.

1. Gaya Rambut Bagi Muka Bentuk Oval

Sesiapa yang memiliki wajah berbentuk oval, ketahuilah anda adalah yang paling bertuah. Hal ini kerana, semua jenis potongan rambut adalah sesuai dengan bentuk muka anda.

Antara teknik potongan rambut yang paling sesuai digayakan adalah seperti potongan rambut lurus sederhana panjang, potongan rambut sederhana dan sedikit kerinting, dan potongan rambut bob pendek.

2. Gaya Rambut Bagi Muka Bentuk Panjang

Anda tidak perlu risau atau merasa rendah diri jika muka anda berbentuk panjang. Bentuk muka yang panjang juga akan kelihatan cantik dan menawan jika digayakan dengan potongan rambut yang sesuai.

Antara jenis potongan rambut yang sesuai adalah potongan rambut fringe. Anda boleh cuba potongan rambut panjang yang lurus beserta fringe.

Elakkan potongan rambut yang terlalu pendek. Potongan rambut pendek yang sesuai untuk anda adalah potongan rambut bob paras leher beserta fringe.

3. Gaya Rambut Bagi Muka Bentuk Bulat

Pipi yang kelihatan tembam pasti sinonim dengan anda yang memiliki wajah berbentuk bulat.  Untuk menyembunyikan sedikit pipi yang tampak tembam, anda disarankan memotong rambut lebih panjang daripada paras dagu.

Potongan rambut panjang yang lurus atau kerinting adalah antara potongan yang sesuai untuk menyembunyikan pipi anda.

Selain itu, anda juga boleh cuba gaya rambut ponytail yang diikat pada bahagian tepi. Potongan rambut secara layer atau berlapis juga sesuai.

Cuba elakkan potongan rambut bob pendek seperti watak kartun `Dora The Explorer`. Potongan rambut yang sebegini akan membuatkan pipi anda kelihatan lebih tembam daripada biasa.

4. Gaya Rambut Bagi Muka Bentuk Kotak

Potongan rambut yang menutupi bahagian pipi adalah paling sesuai dengan anda yang berwajah kotak. Hal ini kerana, potongan sebegitu mampu menyembunyikan bentuk rahang yang tampak tegas dan berkotak.

Antara jenis potongan rambut yang sesuai adalah potongan rambut layer dan potongan rambut panjang yang kerinting.

Jika anda ingin gayakan rambut anda dengan potongan fringe, pastikan fringe anda disisir ke bahagian tepi.

Jangan memotong rambut terlalu pendek kerana ia akan menyebabkan muka anda kelihatan bersegi-segi.

5. Gaya Rambut Bagi Muka Bentuk Hati

Wajah yang berbentuk hati sesuai digayakan dengan potongan rambut yang kelihatan berombak. Jika inginkan kelainan, anda boleh cuba teknik potongan pixie.

Potongan layer paras bahu juga sesuai dengan pemilik wajah berbentuk hati.

Sebaiknya, elakkan jenis potongan rambut pendek yang rata dan potongan rambut yang menutupi tulang pipi.

6. Gaya Rambut Bagi Muka Bentuk Diamond

Antara jenis potongan rambut yang sesuai dengan bentuk muka diamond adalah potongan rambut sederhana panjang dibelah tepi, potongan rambut fringe berombak, dan potongan fixie.

Potongan rambut sebegini akan membuatkan garis-garis pada wajah anda tampak halus.

Anda boleh hindari potongan rambut yang terlalu banyak layer dan potongan rambut yang terlalu pendek.

Moga sedikit tips yang dikongsikan dapat membantu anda memilih jenis potongan rambut yang serasi dengan karakter dan bentuk muka anda.

Walaupun anda sudah mempunyai potongan gaya rambut yang sesuai dengan bentuk muka, anda juga haruslah memastikan rambut anda sihat supaya rambut anda kelihatan lebih cantik.

Pastikan rambut anda mendapat nutrien atau vitamin yang secukupnya. Sebaiknya gunakan shampoo dan minyak rambut yang bebas bahan kimia keras bagi mengelakkan kesan bahaya jangka masa panjang.

Disclaimer : Gambar adalah sumber dari google.

Related Post

Empat (4) Nutrien yang Rambut Perlukan Tidak Kira ... Pernahkah anda tertanya-tanya, makanan jenis apakah yang akan membuatkan rambut anda lebih sihat dan cantik secara semulajadi? Untuk mengetahui jawa...
Tips Penjagaan Rambut Bagi Wanita Bertudung Setiap pagi anda serba salah untuk mencuci rambut atau tidak?Jika mencuci rambut, anda perlu menunggu ia kering sebelum memakai tudung.Jika ti...
Shampoo Santan adalah Produk Natural Kebelakangan ini ramai yang semakin sedar dengan bahayanya produk kimia. Semakin ramai yang mula jatuh hati dengan produk semulajadi atau produk natur...
Kenapa Shampoo Santan Tidak Berbuih? Mesti ada yang tertanya-tanya kenapa shampoo santan tidak berbuih?Baik! Jom sama-sama kita baca fakta di bawah. Penting jika anda seorang pengguna...
6 Punca Rambut Kering & Lima Cara Merawatnya Rambut kering dan rosak merupakan isu yang sering berlaku pada kebanyakan wanita diluar sana. Rata-rata mereka mengalami rambut kering adalah kerana ...

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.