Punca Rambut Gugur Teruk Selepas Bersalin

Buat mereka yang masih baru pertama kali berkahwin dan bakal menimang cahaya mata, pasti ianya adalah sesuatu yang amat tidak biasa jika berlaku keguguran rambut yang amat teruk selepas bersalin.

Bagi mereka yang sudah buat persiapan, kemungkinan mereka akan mula menjaga makanan dan mengambil makanan tambahan.

Selain itu, mereka juga mengelakkan makanan yang ringan untuk tumbesaran bayi dan juga badan semasa dan selepas bersalin.

Adakah keguguran rambut selepas bersalin ini normal?

Jawapan: Ya! Ianya normal.

Menurut American Pregnancy, ketika mengandung, sejumlah besar rambut akan melalui fasa berehat.

Ianya tidaklah serius sehingga menyebabkan botak atau keguguran yang kekal.

Namun ia akan berkurang selepas 3-4 bulan selepas melahirkan cahaya mata.

Tetapi, jika berlaku secara berterusan dengan teruk ketika masih mengandung, berkemungkinan rambut gugur teruk adalah disebabkan rambut kurang mendapat vitamin dan mineral yang mencukupi.

Mengapa rambut boleh gugur teruk selepas bersalin?

Menurut Puan Ummi Atiqah, ada 5 sebab kenapa keguguran rambut yang teruk boleh berlaku selepas bersalin.

  • Hormon Estrogen menurun dengan ketara

Ketika mengandung, badan menghasilkan kandungan hormon Estrogen yang tinggi yang membantu membentuk scalp rambut yang sihat dan mengukuhkan akar rambut. Jesteru rambut tumbuh dengan baik.

Namun begitu, selepas melahirkan cahaya mata, kadar hormon Estrogen akan menurun dengan begitu dahsyat sehingga menyebabkan akar rambut tidak kuat dan akhirnya gugur.

  • Mengambil makanan yang kurang sihat

Rambut memerlukan nutrien dan vitamin yang mencukupi agar ianya boleh tumbuh subur.

Sekiranya badan menerima bahan makanan yang mempunyai agen perosak yang lebih tinggi berbanding nutrien yang diperlukan, ianya akan membantutkan penumbuhan rambut yang lebih sihat.

  • Stress

Stress tiada ubatnya secara logik akal kerana ianya melihatkan emosi yang kurang stabil. Namun begitu, ianya boleh dikurangkan dengan mengambil makanan yang mempunyai banyak vitamin B-complex.

Apabila hormon tidak stabil, ianya boleh menyebabkan stress dan akhirnya berlaku sekatan pada salur darah yang mengurangkan kadar penyaluran nutrien kepada rambut.

  • Bahan kimia dalam syampu di pasaran

Pasaran harini banyak memasarkan shampoo komersial yang bersifat untuk mencari keuntungan berbanding kebaikan produk itu sendiri. Kebanyakan syampu di pasaran mempunyai bahan kimia berbahaya seperti SLS, SLES, Paraben dan juga silikon yang merosakkan rambut.

Antara tanda mudah untuk anda kenalpasti syampu itu mempunyai bahan kimia atau tidak adalah dengan melihat kadar buih yang terhasil ketika anda sedang bersyampu.

Sekiranya banyak, maka kebiasaannya akan mengandungi bahan kimia yang merosakkan rambut.

Antara kesan-kesan penggunaan syampu yang dihasilkan melalui bahan kimia adalah rambut gatal, kelemumur makin bertambah, rambut semakin banyak gugur dan macam-macam lagi.

Saya syorkan anda mendapatkan syampu santan yang dihasilkan tanpa bahan-bahan kimia dan mempunyai kesan yang sangat efektif lagi baik. Saya sendiri sudah mencubanya.

Anda boleh dapatkannya di sini.

  • Kurang berehat

Kurang rehat kebiasaannya akan menjadikan badan letih, lebih-lebih lagi selepas melahirkan anak. Kudrat yang digunakan untuk melahirkan anak memang tidak mampu dibalas oleh manusia biasa.

Sebab itu dalam hadis ada menyebut:

الشَّهَادَةُ سَبْعٌ سِوَى الْقَتْلِ فِي سَبِيلِ اللَّهِ: الْمَطْعُونُ شَهِيدٌ، وَالْغَرِقُ شَهِيدٌ، وَصَاحِبُ ذَاتِ الْجَنْبِ شَهِيدٌ، وَالْمَبْطُونُ شَهِيدٌ، وَصَاحِبُ الْحَرِيقِ شَهِيدٌ، وَالَّذِي يَمُوتُ تَحْتَ الْهَدْمِ شَهِيدٌ، وَالْمَرْأَةُ تَمُوتُ بِجُمْعٍ شَهِيدٌ

“Mati syahid ada 7 selain yang terbunuh di jalan Allah: Orang yang mati karena thaun, syahid. Orang yang mati tenggelam, syahid. Orang yang mati karena ada luka parah di dalam perutnya, syahid. Orang yang mati sakit perut, syahid. Orang yang mati terbakar, syahid. Orang yang mati karena tertimpa benda keras, syahid. Dan wanita yang mati, sementara ada janin dalam kandungannya.” (HR. Abu Daud 3111 dan dishahihkan al-Albani).

Sumber: Konsultasi Syariah

Jesteru, keletihan yang dialami akan dikaitkan dengan stress yang melanda.

Akhirnya, akan menyebabkan rambut gugur teruk kerana saluran darah tersekat daripada menghantar nutrien yang mencukupi ke rambut.

Kesimpulannya

Khas buat wanita yang bakal melahirkan anak tidak kira anak pertama atau seterusnya, buatlah persiapan awal untuk mengamalkan pemakanan sihat menggunakan diet yang sihat serta persiapan mental selepas bersalin.

Kemungkinan dengan persiapan yang rapi akan mengurangkan risiko rambut gugur teruk dan kembali sihat selepas beberapa bulan selepas bersalin.  

Ingin Beli Shampoo Santan Secara Online?

Related Post

Potongan Rambut Ikut Bentuk Muka Pernahkah terlintas di fikiran, potongan rambut yang bagaimanakah paling sesuai dengan diri anda? Dalam tempoh masa setahun, berapa kerapkah anda me...
5 Faktor Rambut Beruban Di Usia Muda dan Tips Mera... Kebanyakan Orang Asia akan mengalami rambut beruban pada lewat usia 30-an. Namun, ada juga yang memiliki rambut beruban di usia muda. Kenapa rambut ...
Lima (5) Punca Shampoo Santan Tak Berkesan Kami menerima segelintir aduan dari pihak pengguna shampoo santan.Antaranya mengatakan: "Kenapa saya guna shampoo ni tak berkesan ya?" "Kenapa r...
6 Punca Rambut Kering & Lima Cara Merawatnya Rambut kering dan rosak merupakan isu yang sering berlaku pada kebanyakan wanita diluar sana. Rata-rata mereka mengalami rambut kering adalah kerana ...
Keistimewaan Shampoo Santan Yang Ramai Tidak Maklu... Shampoo Santan? Penggemar produk-produk yang berasaskan bahan semulajadi pasti tidak asing lagi dengan Shampoo Santan. Apa istimewanya Shampoo Santan ...

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.