6 Punca Rambut Kering & Lima Cara Merawatnya

Rambut kering dan rosak merupakan isu yang sering berlaku pada kebanyakan wanita diluar sana.

Rata-rata mereka mengalami rambut kering adalah kerana kurangnya penjagaan rambut yang rapi.

Apabila sudah rosak, rambut gugur dan kelemumur datang serentak dan ketika itu baru kita tercari-cari di mana untuk mencari penyelesaiannya.

Ada beberapa faktor yang menyebabkan rambut kering.

Antaranya:

  • Rambut terlalu lama berada di bawah sinar matahari (Yang tidak bertudung)
  • Banyak menggunakan shampoo yang mengandungi bahan kimia seperti Silikon, SLS dan SLES.
  • Faktor persekitaran juga mempengaruhi kesuburan rambut.
  • Penggunaan perapi yang juga mengandungi bahan kimia.
  • Seringkali menggunakan pewarna rambut.
  • Tidak keringkan rambut sepenuhnya sebelum memakai tudung. Akhirnya rambut juga boleh berbau.
Ingin Selesaikan Masalah Rambut Gugur, Kelemumur, Gatal & Kering dengan Berkesan?

Ada 5 Bahan Berkesan Untuk Mengatasi Masalah Rambut Kering & Rosak

#1 Minyak Zaitun

cara merawat rambut kering dengan minyak zaitun

Minyak zaitun terkenal dengan pelbagai kelebihan dari sudut merawat masalah dalaman seperti kolestrol dan juga masalah luaran seperti rambut dan kulit sensitif.

Untuk merawat rambut ada pelbagai kaedah tetapi antaranya boleh amalkan cara ini:

  • Lumurkan minyak zaitun pada kulit kepala. Dan peram.
  • Atau jika ingin lebatkan rambut, boleh panaskan minyak zaitun sedikit, dan kemudian lumurkan di kulit kepala serta biar selama 30 minit.

#2 Cuka Epal

merawat rambut kering dengan cuka epal

Cuka epal merupakan makanan tambahan yang semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia kerana keberkesanannya. Untuk merawat masalah rambut, menurut Yatt-lateef, ada 4 langkah.

  • Sediakan 1 cawan air suam dan masukkan satu sudu besar cuka epal. Kemudian, kacau.
  • Kemudian mandi dan syampu seperti biasa. (pastikan jangan guna syampu sintetik)
  • Selepas bilasan syampu, ratakan bilasan cuka epal tadi ke seluruh kepala dan lurut dari akar hingga ke hujung rambut.
  • Selepas beberapa minit, bilas dengan bersih.
  • Lakukan selasa seminggu sekali dan lihat kesannya.

#3 Putih Telur & Air

cara merawat rambut kering dengan putih telur dan air

Putih telur ternyata membantu untuk melembapkan rambut daripada kekeringan. Cara untuk amalkan adalah dengan :

  • Pecahkan telur dan asingkan telur putih dengan telur kuning
  • Kemudian masukkan air bersama putih telur serta kacau sehingga sekata
  • Lumur dan urut ke kepala rambut dan biarkan selama 30 minit. Selepas itu bilas sampai bersih.

#4 Lidah Buaya

cara merawat rambut kering dengan lidah buaya

Lidah buaya atau lebih dikenali sebagai ‘aloe vera’ memberi banyak manfaat buat kulit dan mengurangkan demam. Namun tidak ramai yang tahu manfaatnya untuk merawat rambut kering.

Cara untuk mengamalkan amat mudah. Hanya perlu buang kulitnya dan lumurkan isinya ke kulit kepala. Kalau anda pernah rasa, mesti best sebab teksturnya yang lembut dan sejuk.

#5 Santan

cara merawat rambut kering dengan santan

Santan semestinya memberikan kesan yang sangat efektif untuk perawatan rambut secara turun temurun.

Untuk warga India, kebiasaannya mereka menggunakan santan asli untuk rawat masalah rambut mereka sehingga kini.

Untuk pengetahuan anda, santan mempunyai vitamin yang bagus untuk rambut iaitu niacin dan folate. Bahan ini boleh membantu melancarkan darah dan menyihatkan rambut dengan segera.

Cara amalkan cukup mudah.

  • Ambil santan yang diperah. (Pastikan santan daripada kelapa tua dan bukan kelapa muda)
  • Kemudian lumurkan pada kulit kepala.
  • Perap dalam 5-10 minit dan cuci sehingga bersih.

Cuma satu masalah bila guna santan asli ini, baunya yang kurang menyenangkan.

Tak mengapa anda boleh cuba dapatkan shampoo santan my homelab yang telah diformulakan daripada santan asli dan tiada bahan kimia. Rujuk cara gunanya di sini.

Saya sendiri amalkan dan berpuas hati dengan hasil dan kesannya.

Cubalah.

Insya-Allah masalah rambut kering dan rosak boleh selesai dengan cepat dan bau yang amat wangi.

Ingin Selesaikan Masalah Rambut Gugur, Kelemumur, Gatal & Kering dengan Berkesan?

Related Post

Syarat Dan Cara Menjadi Agen Shampoo Santan Tawaran agen shampoo santan ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang:Sedang mencari sumber pendapatan sampingan. Surirumah yang ingin bantu tin...
Shampoo Santan adalah Produk Natural Kebelakangan ini ramai yang semakin sedar dengan bahayanya produk kimia. Semakin ramai yang mula jatuh hati dengan produk semulajadi atau produk natur...
Empat (4) Nutrien yang Rambut Perlukan Tidak Kira ... Pernahkah anda tertanya-tanya, makanan jenis apakah yang akan membuatkan rambut anda lebih sihat dan cantik secara semulajadi? Untuk mengetahui jawa...
1 Unit Shampoo Serai My Home Lab KELEBIHAN SHAMPOO SERAI MY HOME LAB Dirumus Khas untuk megatasi masalah rambut kelemumur dan gugur.Selamat Halal Kesan seawal 3-7 hari pe...
5 Sebab Shampoo Santan Tidak Memberi Kesan Optimum “Saya dah guna shampoo santan ini hampir seminggu tetapi rambut gugur makkin banyak.” “Dah dekat sebulan saya pakai shampoo santan tapi masih gugur r...

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.