Tujuh (7) Punca Rambut Gatal & Cara Atasi

Kepala anda sering gatal-gatal?

Keadaan ini pasti akan membuatkan kehidupan seharian anda kurang selesa. Masalah ini berlaku tidak kira dalam kalangan kaum lelaki ataupun wanita.

Apakah sebabnya terjadi masalah ini? Dan bagaimana cara mengatasi masalah rambut gatal dengan lebih efektif?

#1 KELEMUMUR

Menurut Jennifer Haley, MD, FAAD ahli dermatologi Arizona, lebih kurang 40 peratus manusia di muka bumi ini akan mengalami masalah kelemumur sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Perubahan cuaca, tekanan hidup yang melampau, dan pengambilan gula secara berlebihan dalam diet harian adalah antara faktor terjadinya kelemumur yang akan menyebabkan kulit kepala sering gatal-gatal.

Hilangkan kelemumur pada kulit kepala terlebih dahulu supaya kegatalan yang menghantui hidup anda hilang buat selamanya. Anda boleh cuba menggunakan minyak tea tree ataupun menggunakan produk syampu yang sesuai untuk mencegah kelemumur.

Anda boleh mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang masalah kelemumur dan cara mengatasinya di sini.

#2 KUTU

Selain kelemumur, kutu juga antara sebab kulit kepala menjadi gatal. Rasa gatal disebabkan oleh air liur yang disuntikkan kutu rambut pada kulit kepala ketika ia menghisap darah. Anda boleh menggunakan syampu khas untuk menghilangkan kutu pada rambut anda. Penyelesaian mudah untuk lelaki adalah dengan membotakkan kepala.

#3 KULIT KEPALA KERING

Perubahan cuaca boleh mengakibatkan kulit kepala menjadi kering dan gatal. Hal ini terjadi kerana kulit kepala kehilangan minyak yang melindunginya. Penggunaan syampu dan perapi yang tidak berkualiti juga boleh menyebabkan kegatalan pada kulit kepala kerana kehilangan minyak semulajadi rambut. Mencuci rambut dengan terlampau kerap dan membilas rambut dengan air panas juga merupakan punca kulit kepala kering.

Jadi, cara paling efektif untuk menghilangkan gatal kepala akibat kulit kepala yang kering adalah dengan menggunakan pelembap pada kulit kepala.Anda boleh cuba menggunakan produk Wonder Hair untuk melembapkan kulit kepala yang kering.

#4 MENGIKAT RAMBUT TERLALU KETAT

Mengikat rambut dengan terlalu ketat bukan sahaja akan meyebabkan kulit kepala anda menjadi gatal malahan, akan menyebabkan keguguran rambut. Menurut Dr. Shainhouse, mengikat rambut terlalu ketat akan menarik rambut serta saraf dan otot ke arah yang tidak semulajadi, sekaligus megakibatkan kulit kepala menjadi gatal apabila anda meleraikan ikatan rambut.

Jadi, anda mungkin boleh cuba longgarkan ikatan rambut anda selepas ini supaya keadaan rambut dan kepala anda lebih selesa dan bebas masalah.

#5 SELARAN MATAHARI

 Anda berjemur di bawah matahari seharian tanpa melindungi rambut anda? Kemudian kepala anda merasa gatal-gatal dan tidak selesa? Jika ya, lalukan air sejuk pada kepala anda kerana mungkin ia gatal akibat selaran matahari.

#6 PENYAKIT KULIT

Penyakit seperti ekzema dan jangkitan fungus juga merupakan punca terjadinya kegatalan pada kulit kepala. Anda boleh berbincang dengan doktor untuk mendapatkan penyelesaian yang sesuai untuk masalah ini.

#7 ALERGIK

Menurut Dr. Jennifer Haley lagi, sebarang produk yang digunakan pada kulit kepala boleh menyebabkan alergik jika tidak sesuai. Jika anda masih mengalami gatal-gatal walaupun anda bebas daripada masalah lain seperti kelemumur, kutu atau kulit kepala kering, cuba periksa semula adakah produk rambut anda benar-benar sesuai?

Untuk atasi masalah rambut gatal…

Kami syorkan anda menggunakan produk Shampoo Santan untuk mengatasi masalah ini.

Shampoo Santan terkenal dengan keberkesanannya mengurangkan kelemumur, rambut gatal, rambut gugur dan juga pelbagai jenis masalah rambut yang lain.

Produk ini menggunakan bahan-bahan semulajadi yang tidak membahayakan rambut. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Shampoo Santan, sila rujuk di sini.

Related Post

Tips Penjagaan Rambut Bagi Wanita Bertudung Setiap pagi anda serba salah untuk mencuci rambut atau tidak?Jika mencuci rambut, anda perlu menunggu ia kering sebelum memakai tudung.Jika ti...
Kenapa Shampoo Santan Tidak Berbuih? Mesti ada yang tertanya-tanya kenapa shampoo santan tidak berbuih?Baik! Jom sama-sama kita baca fakta di bawah. Penting jika anda seorang pengguna...
Puan Miza Jual 19 Botol Shampoo Santan Sehari? Ket... Puan Miza boleh jual 19 botol shampoo santan sehari ? Ada ilmu pelaris ke? Kalau nak tau rahsia beliau kena baca sampai habis ya.Alhamdulillah...
Punca Rambut Gugur Teruk Selepas Bersalin Buat mereka yang masih baru pertama kali berkahwin dan bakal menimang cahaya mata, pasti ianya adalah sesuatu yang amat tidak biasa jika berlaku kegug...
6 Tips Penjagaan Rambut Panjang Kebanyakan kaum wanita pasti mengimpikan memiliki rambut panjang mengurai bak Rapunzel bukan? Lebih banyak teknik dandanan yang boleh digayakan apabil...

Leave a Comment