Tujuh (7) Punca Rambut Gugur Yang Wajib Semua Wanita Tahu

Setiap kali anda menyisir rambut, sikat akan dipenuhi dengan helaian rambut yang gugur.

Atau anda seringkali harus menyapu lantai kamar tidur kerana terlalu banyak rambut yang gugur.

Pernahkah anda mengalami situasi seperti ini setiap hari?

Jika ya, ketahuilah bahawa anda tidak keseorangan dalam menghadapi masalah ini.

Utamanya, anda harus mengenal pasti puncanya dan seterusnya rawat dengan segera.

Kami akan kongsikan dengan anda beberapa jenis punca terjadinya masalah keguguran rambut.

#1 Cara Penjagaan Rambut Yang Salah

  • Penggunaan syampu dan perapi rambut yang mengandungi bahan kimia secara kerap dan berlebihan. Contohnya, penggunaan syampu secara berlebihan yang mengandungi paraben akan mengganggu fungsi hormon kerana paraben boleh menembusi kulit dengan mudah.
  • Jarang mencuci rambut dengan betul. Rambut yang jarang dicuci akan mudah berbau, menjadi lembap, dan terlalu berminyak. Sekaligus rambut akan mudah rosak dan mengalami keguguran.
Ingin Selesaikan Masalah Rambut Gugur, Kelemumur, Gatal & Kering dengan Berkesan?

#2 Terlalu Mendandan Rambut

  • Penggayaan rambut secara berlebihan akan menyebabkan rambut mudah rosak dan gugur. Contohnya, mengikat atau mendandan rambut dengan ketat berpanjangan.
  • Menurut ahli Dermatologi Mumbai, Dr. Apoorva Shah, kerap mewarna rambut juga boleh menyebabkan keguguran rambut.
  • Penggunaan alat pengering rambut, alat pengerinting dan meluruskan rambut juga boleh menyebabkan akar rambut rosak.

#3 Gaya Hidup Kurang Sihat

  • Diet tidak seimbang akan menyebabkan kesihatan rambut terjejas. Rambut diperbuat daripada protein, jadi penting untuk mengambil sumber protein yang mencukupi dalam diet seharian. Pengambilan zat besi serta vitamin dan mineral yang lain juga amat penting untuk kesuburan rambut. Jadi amalkanlah diet yang seimbang.
  • Tubuh badan yang kekurangan zat besi akan cenderung untuk mendapat penyakit anemia. Anemia akan menyebabkan pengurangan penghasilan haemoglobin sekaligus mengurangkan jumlah oksigen yang disalurkan pada organ. Apabila folikel rambut tidak mendapat oksigen yang mencukupi, ia akan menjadi rapuh dan mudah putus.
  • Kurang tidur dan penat yang melampau juga akan mempengaruhi kesuburan rambut. Aliran darah yang tidak lancar akan menganggu tumbesaran rambut yang sihat.

#4 Tekanan Emosi & Fizikal

  • Menurut Dr. Marc Glashofer, ahli Dermatologi New York City, sebarang jenis trauma seperti kemalangan atau sakit kronik akan menyebabkan masalah keguguran rambut sementara.
  • Tekanan emosi boleh menyebabkan masalah keguguran rambut secara tidak langsung kerana ia akan mengganggu gaya hidup serta keseimbangan hormon anda.

#5 Perubahan Hormon

  • Keguguran rambut yang dialami oleh kaum lelaki sering dikaitkan dengan hormon dihidrotestoteron (DHT). Rambut akan mengalami keguguran jika folikel rambut anda sensitif terhadap DHT.
  • Ketidakseimbangan hormon estrogen dalam kalangan kaum hawa juga menyumbang kepada masalah keguguran rambut.
  • Wanita yang menopaus juga kerap mengalami masalah keguguran rambut kerana hormon estrogen berkurangan.

#6 Kesan Ubat-Ubatan

  • Sesetengah ubat yang digunakan untuk merawat penyakit kanser akan menyebabkan rambut gugur.
  • Wanita yang mengambil pil perancang akan cenderung untuk mengalami keguguran rambut jika berhenti menggunakan pil tersebut.
  • Ubat-ubatan seperti ibuprofen dan ubat pencair darah juga boleh meyebabkan masalah keguguran rambut.

#7 Wanita Bersalin

  • Kebanyakan wanita bersalin akan mengalami masalah keguguran rambut kerana kekurangan nutrisi yang diperlukan untuk tumbesaran rambut. Selain itu, faktor hormon dan stress selepas bersalin juga menyumbang kepada masalah tersebut.
  • Anda boleh membaca lebih lanjut tentang keguguran rambut selepas bersalin di sini.

Kesimpulannya, amalkanlah gaya hidup sihat serta penjagaan rambut yang betul agar rambut anda sentiasa sihat.

Selain itu, penggunaan syampu yang sesuai dan bebas bahan kimia juga memainkan peranan penting dalam mengembalikan rambut yang sihat dan kuat.

Kaedah rawatan semulajadi seperti menggunakan minyak kelapa ataupun daun lidah buaya juga dapat membantu menyihatkan rambut yang rosak.

Anda boleh cuba menggunakan Shampoo Santan yang bebas daripada bahan kimia merbahaya dan diperbuat daripada bahan semulajadi yang bagus untuk tumbesaran rambut yang sihat.

Ingin Selesaikan Masalah Rambut Gugur, Kelemumur, Gatal & Kering dengan Berkesan?

Related Post

1 Unit Shampoo Serai MHL KELEBIHAN SHAMPOO SERAI MY HOME LAB Dirumus Khas untuk megatasi masalah rambut kelemumur dan gugur.Selamat Halal Kesan seawal 3-7 hari pe...
Cara Guna Shampoo Santan Dengan Efektif Ramai yang mungkin sudah beli produk shampoo santan my home lab ini, tetapi tidak tahu bagaimana nak gunakan produk ini dengan efektif.Sepatutnya,...
1 Unit Wonder Hair Oil MHL KELEBIHAN DAN KANDUNGAN WONDER HAIR OILCARA GUNA WONDER HAIR OIL
Limited Edition. Buy 2 Free 1. Promosi sementara beli 2 pakej botol terbaru iaitu 300ml untuk shampoo santan bakal menerima percuma 1 botol shampoo serai 100ml.Tujuan combo ini ...
6 Punca Rambut Kering & Lima Cara Merawatnya Rambut kering dan rosak merupakan isu yang sering berlaku pada kebanyakan wanita diluar sana. Rata-rata mereka mengalami rambut kering adalah kerana ...

4 thoughts on “Tujuh (7) Punca Rambut Gugur Yang Wajib Semua Wanita Tahu”

  1. Saya mengalami masaalah rambut gugur..saya nk mencuba syampoo dari pihat tuan …boleh saye tahu yg mana sesuai dgn saye..TQ

    • Sebaiknya untuk pakej lebih baik, boleh cuba ambil 1 shampoo santan dan 1 shampoo serai untuk kesan optimum. Kedua ni bagus untuk rawat kelemumur dan juga rambut gugur.

      Kalau ada bajet besar, boleh tambah 1 minyak hair oil untuk melembapkan rambut.

  2. Saya mengalami rambut gugur yg byk setiap hri dan kelumur..dan bole sy tau yg mna sesuai dan trmsuk hrga bole saya tau ?

    • Kalau rambut gugur dan rambut tak kering, boleh dapatkan shampoo santan sahaja. Tapi kalau rambut kering, shampoo santan + wonder hair oil.

      Untuk kelemumur, sebaiknya dapatkan shampoo serai. Shampoo serai memang khusus utk rambut kelemumur teruk.

      Boleh tengok senarai produk di bahagian shop/kedai dalam website ini untuk harga produk.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.